Its Da Bling Da Bling,..Its Ka Ching Ka Ching..

Thursday, January 12, 2012

Wajib baca - Couple

wajib baca!
Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti... sejuk dalam tu td. 
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni. 
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk? 
Nobita : Errr~ hehe.. 

Mereka pun menuju ke i-City.. 

Sizuka : Awk, sy cantik x? 
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik.. 
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye? 
Nobita : Errr~ hehe.. 

Mereka pun tiba di i-City.. 

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu. 
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk. 
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu 
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy.. 
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah.. 
Nobita : Errr~ huhu.. 
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak. 
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb. 
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu 
Nobita : Errr~ huhu.. 

Mereka pun pulang.. 

Sizuka : “Awk, awk syg sy x? 
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa 
Sizuka : Buktinya?? 
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe 
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu 
Nobita : Eh..errr~ huhu 
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin. 
Nobita : Eh..mestila! hehe 
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~ 
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk?? 
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam. 
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau! Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~ Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan... 
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni??? 
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah.. 
Nobita : ...... 

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~] 

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Kesan Buruk Jika Anak Selalu DiMomokkan

Islamic Parenting Network
Kesan buruk jika anak takut.. "Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil." (dari Arb bin Saad) *Jom berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan dengan bercerita kisah keagungan Islam dahulu pada mereka..

~* MENJADI ISTERI IDAMAN SUAMI *~

Fizah Radzi shared ﷲ INSYA ALLAH ﷲ's photo.
‎~* MENJADI ISTERI IDAMAN SUAMI *~

Alangkah indahnya selalu dicintai dan dikasihi. Alangkah bahagianya selalu dirindui oleh pujaan hati. Sungguh betapa nikmatnya cinta yg bersemi di bawah naungan Ridha Illahi.

Betapa inginya seorang isteri terhadap berumahtangga dgn suami yg selalu mencintainya. Selalu setia dan meriduinya. Tapi hal ini tidak terjadi begitu saja tanpa usaha. Namun harus dgn kerja keras dan Istiqamah sepanjang hidup berumah tangga.

~Ada beberpa tips untk meraih cinta suami~

★ mendahulukn prasangka baik di atas segala kecurigaan.
★ mengenali karakter suami sebaik mungkin, hal yg dia suka mahupun yg dia benci.
★ menjaga hatinya seperti kita menjaga hati kita sendri.
★ menjadikan setiap malam layaknya seperti malam pertama.
★ menampilkn yg terbaik dr diri dan penampilan seperti saat pertama kali menjadi isteri.
★ jangan menyombongkan harta, kecantikan dan kedudukn di depan suami.
★ menjaga silaturahim dgn org tua dan keluarga suami
★ bersederhana dlm kehidupan, menjauhi sifat boros, mahupun sifat kikir
★ menjadi pendengar yg baik saat suami sedang berbicara dan menceritakan masalah-masalahnya.
★ segera minta maaf saat kita berbuat salah yg menyakitkan hati suami.

Sungguhpun dlm menjalankan kewajiban sbg seorg isteri dan kepatuhan kita terhadap suami, membuat suami selalu sayang dan jatuh cinta terhadap seorang isteri, Subhanallah betapa berharganya bila Isteri selalu berusaha menjadi isteri yg sholehah..

★ patuhilah & cintailah suamimu tapi tak melebihi taat dan cintamu pd Allah SWT.

"seorg istri yg meninggal dlm keadaan suaminya ridha padanya niscaya dia msk surga《H.R.At-Tirmidzi》

Semoga kita kaum hawa dpt menjadi isteri sholehah dgn meraih keredhaan Allah dan suami.
Aamiin
 
By: ﷲ INSYA ALLAH

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

perlu muhasabah diri


22 tanda hari kiamat semakin hampir :
1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.


Nasihat Seorang Ayah

Fizah Radzi shared ﷲ INSYA ALLAH ﷲ's photo.


Nasihat Seorang Ayah


Duhai Istri dan anak-anakku,
Jangan sampai dunia melalaikanmu.

Ambilah bahagianmu dari dunia sekadar apa yang menjadi kebutuhanmu,
dan bukan apa yang menjadi keinginanmu.

Tunaikanlah kewajiban-kewajiban kepada Tuhanmu dengan sungguh-sungguh.
Ingatlah satu hal yang akan memutuskan segala kelazatan,
yang akan memisahkan dirimu dengan orang-orang yang engkau cintai,
yang memisahkan antara sang ibu dengan anaknya,
yang memisahkan antara sang suami dengan isterinya,
yang memisahkan antara seorang yang kaya, dengan harta-harta yang dicintainya.

Persiapkan bekal akhiratmu.
Jadikan kerinduan terbesarmu adalah kebahagiaan di negeri akhirat.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kebahagiaan di dunia itu akan segera sirna,
sedang kebahagiaan akhirat itu adalah kekal lagi abadi.

Duhai Isteri dan anak-anakku,
Kiranya nasihat di atas sudah cukup bagi kalian.
Sesungguhnya nasihat di atas ku tujukan yang utama adalah bagi diriku.
Semoga Allah memberikanku dan kalian taufiq dan hidayah-Nya untuk dapat merenungkan nasihat ini hingga berbuah menjadi amal soleh…


Aamiin…

By: ﷲ INSYA ALLAH
Adakah kau lupa, 
Kita pernah berjaya, 
Adakah kau lupa, 
Kita pernah berkuasa.. 
 
Memayungi dua pertiga dunia, 
Merentas benua melayari samudera, 
Keimanan juga ketaqwaan, 
Rahsia mereka capai kejayaan.. 
 
Bangunlah wahai anak bangsa, 
Kita bina kekuatan jiwa, 
Tempuh rintangan perjuangan.. 
 
Gemilang generasi yang silam, 
Membawa arus perubahan, 
Keikhlasan hati dan nurani, 
Ketulusan jiwa mereka berjuang.. 
 
Sejarah telah mengajar kita, 
Budaya Islam di serata dunia, 
Membina tamadun berjaya, 
Merubah mengangkat maruah..

Hidup memang hitam putih

Hidup memang hitam putih, berliku dan kadang harus memasuki lorong gelap sendiri, namun semua karena kasih sayang ALLAH, bukankah ALLAH tidak pernah membiarkan kita melalui semua ini, janji ALLAH untuk bersama orang orang yang sabar itu pasti dipenuhiNYA, ALLAH tidak pernah ingkar janji, jadi JANGAN berprasangka buruk kepada ALLAH bahwa luka ini terjadi karena ALLAH tidak sayang kita, nauzubillahimindzalik.